Monday, September 20, 2010

Bukan Nak Buat Lawak, Betul!

Mungkin orang yang baca blog ni tertanya-tanya kenapa Aira tak pernah (atau jarang-jarang) berblog dalam Bahasa Melayu. Mungkin juga ada orang yang ingat Aira ni tak reti berbahasa Melayu dah, ataupun dah tak nak berbahasa Melayu. Sebenarnya, bukan tak suka/tak nak..cuma dah lama sangat tak tulis karangan Melayu ni, sejak lepas SPM tak tulis-tulis, jadinya tak berapa nak pandai dah. Boleh tu boleh, cuma nanti campur-campur dengan English nanti jadi rojak, tak sedap baca. Tujuan berblog bagi Aira sebenarnya ialah untuk latih diri mengarang dengan baik. Jadi kalau anda semua tergelak-gelak baca 'blog post' kali ni, gelak lah ye. Sebab memang kelakar pun, tapi nak jugak la sekali-sekala berblog dalam Bahasa Melayu ni. Takut nanti dah tak reti langsung pulak mengarang dalam BM, susah nanti.

Jangan salah faham, Aira sebenarnya bukannnya tak fasih berbahasa Melayu. Dekat rumah, memang kebanyakan masa cakap Melayu pun. Cuma campur-campur lah. Tu yang tak seronok tu. Haha.

Jadi, apakah motif post kali ni selain daripada ingin membuktikan bahawa bahasa Melayu Aira belum lagi berkarat? Hmmm. Tak pasti lah. Kalau nak cerita pasal kolej, rasanya macam tak ada sangat benda yang berlainan untuk diceritakan. Semuanya benda yang bosan dan sama - kerja banyak, stress, takut dan macam-macam lagi. Macam tak ada modal lain dah.

Mungkin Aira boleh ceritakan pasal sambutan Raya tahun ni. Seperti biasa, hari pertama di Klang, rumah nenek dan atuk. Makan memang tak payah cerita lah, rasanya baru raya pertama tapi berat dah naik balik. Sia-sia puasa sebulan. Haish.

Raya kali ni Aira jemput kawan-kawan baik dari Melawati datang rumah makan-makan sikit. Belle, Farah, Nadrah, Rifdi, Dan dan Ruslan. Aira gembira sangat jumpa diorang ni sebab bukan sahaja dah lama tak berkumpul ramai-ramai disebabkan kesibukan masing-masing di kolej/universiti, tapi Aira seronok tengok diorang ni masih kekal dengan karakter dan personaliti masing-masing yang tetap sama..tetap orang yang Aira kenal sejak sekolah dulu. Rasa bersyukur dapat kawan-kawan yang bukan sahaja baik, tetapi unik karakternya setiap sorang.

Belle yang selalu memahami dan kuat makan, Farah yang sentiasa sensible (maaflah, betul-betul tak tau sensible tu macam mana nak ekspres dalam Bahasa Melayu), Nadrah yang sentiasa buat Aira ketawa dengan gelagatnya yang mencuit hati (ya Allah!), Rifdi yang susah nak dibaca perasaannya tetapi sangat-sangat baik, Dan yang kreatif, ceria dan kelakar..dan Ruslan yang pandai mengambil hati. Semuanya Aira sayang, dan Aira seronok dapat kawan macam korang yang unik dan serba melengkapi antara satu sama lain. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang rumah Aira beraya :)

Coursework Sastera Bahasa Inggeris masih juga belum selesai dan Aira disini tengah berblog. Tak tau apa nak jadi. Aira harap anda semua terhibur dengan post kali ini. Bukan tujuan untuk buat lawak, cuma nak membuktikan pada diri Aira sendiri yang Aira masih mampu mengarang dalam BM. Tapi kalau anda nak ketawa, ketawa lah. Sebab Aira pun nak tergelak dah ni.

Jaga diri anda semua!

Irreplaceable

2 comments:

nadrah zainuddin said...

omg aku terkejut tengok title entry kau mula mula. kenapa in bm ni. hahahaha terus aku bukak. hahahahhaa. awww aira terharu aku baca. nanti kalau aku buat makan makan datang lah ehh. tp time tu raya dah habis. hahahaha :D

Aira Nur Ariana said...

hahaha kan aku agak dah, mesti menarik perhatian punya post kali ni. hahaha. tergelak je aku baca. terharu ke? lol terima kasih lah kerana membaca ye :) makan-makan tu..bila2 kau buat aku datang jer..raya ke tak raya ke, aku sentiasa available :D